Monday 8 October 2012

profile

Nama penuh saya ialah Mohd Naim bin Zulkefli. Saya Dilahirkan di Kampung Kelong,Tumpat,Kelantan pada tahun 1992. Bapa saya seorang pesara dan ibu saya pula adalah seorang suri rumah. Saya merupakan anak ke empat daripada sembilan orang adik beradik. 
 
Saya memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tumpat(SKT) pada usia 7 tahun. Kemudian saya melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Dato Biji Wangsa(SMK DBW) pada usia 13 tahun iaitu pada tahun 2005 .Saya menamatkan pengajian di SMK DBW pada tahun 2009 dengan mendapat kelulusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Saya kemudian cuba meneruskan pengajian ke Universiti tetapi tawaran saya ditolak disebabkan saya telah memilih  pengajian ke Politeknik Seberang Prai dengan kos Kejuruteraan Elektronik. Namun begitu,atas desakan keluarga dan faktor kewangan yang terhad,saya mengambil keputusan untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6.
Alhamdulillah,permohonan saya diterima. Saya mendapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Mahmud Mahyidin,Pasir Pekan dalam aliran sains. Tempoh saya belajar disana sangat singkat iaitu hampir dua bulan  kerana  saya  tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik melalui aliran Sains. Kemudian,saya mengambil keputusan untuk menukar aliran iaitu daripada aliran Sains kepada aliran Sastera di SMK DBW. Namun begitu,kita hanya merancang. permohonan saya diterima tetapi bukan di SMK DBW tetapi di Sekolah Menengah Tumpat(SMT). Demi menyambung pelajaran,saya ke SMT untuk pendaftaran pelajar baru PRA-U, namun semasa hari pendaftaran tersebut,PKT6 SMT sibuk dengan pelbagai urusan. Saya kemudian telah pergi ke SMK DBW untuk bertemu dengan cikgu2 saya disamping mendapatkan motivasi.
Dengan izin Allah, saya telah bertemu dengan uktazah saya iaitu Pn.Rosmawati,uktazah yang saya kasihi lagi saya hormati.Beliau telah memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus menuntut  ilmu walaupun dimana sahaja kita berada.Pada masa yang sama saya juga telah bertemu dengan Pn Khabsah dan menceritakan masalah saya kepada beliau.Atas kata-kata semangat yang dilontarkan kepada saya,saya pergi mencuba nasib di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk menukar aliran sastera di SMT ke Aliran Sastera  di SMK DBW.Alhamdulillah,permohonan saya berjaya.
Di PRA-U SMK DBW, saya berpeluang mengenali tokoh-tokoh guru yang hebat baik dari segi akedemik mahupun pengalaman mereka. Meraka adalah En.Muhammad b. Othman, En,Mustapha Jusoh, En,Johari Shariff, En.Zamri Bakar, En Zulkifli, Pn.Zarohimah, Pn.Asnida, Pn.Aisyah, Pn.Khabsah, En.Asri dan beberapa orang guru-guru akademik yang lain. Saya begitu berbangga dapat mengenali mereka dan menimba ilmu daripada mereka dan ilmu yang saya perolehi akan saya manfaatkan dengan sepenuhnya pada masa akan datang. Dengan berkat ajaran daripada cikgu-cikgu sekalian,saya mendapat keputusan yang cemerlang dan kini saya telah melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Kelantan.Terima kasih CIKGU.
Satu amanat sepanjang hidup anda di bumi malaysia ini  daripada cikgu jangan buat ala sehingga bangsa lain menidakkan hak kita di malaysia ini,cikgu mahu anda semua mewariskan Tanah Melayu ini kepada Bangsa Melayu dan Islam sebagaimana cikgu wariskan kepada anda semua. Tuntut ilmu biar anda menjadi insan yang cemerlang dan tahu apa yang terbaik untuk generasi akan datang yang bakal menghuni bumi bertuah ini. Allah sentiasa bersama insan yang sentiasa mengingatinya.




0 comments:

Post a Comment