Wednesday, 27 November 2013

Terbuka Pintu Hati Untuk Al-Quran

Ayahlah orang pertama cuba mengajar al-Quran kepada saya. Setiap malam, kami – saya dan kakak – akan menghadap Ayah bersama dengan muqqadam. Belajar al-Quran bukanlah minat saya. Saya terasa sangat sukar. Malah setiap kali tiba saat belajar, perasaanmalas, tidak seronok, rasa terpaksa dan tertekan menyelubungi diri. Ia satu saat yang paling membosankan! Akibatnya, saya sering tergagap-gagap apabila berhadapan dengan ayah. Setiap kali saya gagal membaca dengan lancar, ayah membuat sergahan. Sergahan yang boleh didengari seisi rumah....

Saturday, 2 February 2013

Aku Remaja Biasa

Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa. Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja...

Friday, 18 January 2013

Kerana enti adalah seorang muslimah

Kerana enti adalah seorang muslimah Bukan niat di hati untuk angkuh Bukan niat untuk menyakitkan hati enti Bukan niat untuk tidak mempedulikan enti Tetapi.... Kerana ana sangat menghormati enti Ana melakukan semua ini Kerana enti adalah seorang muslimah Maafkan ana kerana memerhatikan enti dalam diam Namun ana kecewa dengan enti Ana menginginkan seorang muslimah yang mampu menjaga ikhtilatnya Mampu menjaga batas pergaulan...

Nasihat Daripada Anak Kecil

Nasihat Daripada Anak Kecil                                                                                                                      ...

Monday, 17 December 2012

amanah dalam kerjaya

Dalam Islam, amanah adalah salah satu sikap terpuji yang jelas dan terang telah dinyatakan bahawa amanah itu sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Kepentingan sikap amanah ini dalam kehidupan kita untuk menjadi orang mukmin yang baik amat jelas terbukti di antara 4 sikap terpuji para nabi dan rasul iaitu Siddiq (Benar), Amanah, Tabliq (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijak).  Amanah menuntut kita sebagai Umatnya untuk melakukan apa saja dengan amanah, tidak kira amanah dalam memenuhi tuntutan sebagai Hambanya, sebagai...

'cinta islamik' yang ternoda

!--Add this to your website--> Fathil terpaku. Sedih. Perasaaan bercampur baur melihat sahabat-sahabat seperjuangan Islam ketika di sekolah menengah, kini semakin leka dengan nikmat kesenangan dunia. Tipu daya syaitan mengatasi segala-galanya. Facebook, laman web sosial yang semakin popular, digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan kawan-kawannya semula. Fathil sekarang sedang menunggu keputusan peperiksaan akhirnya. Dia belajar di sebuah kolej persediaan untuk ke Australia. Pilu melihat gambar-gambar sahabatnya di Facebook...

aku remaja biasa....

Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa. Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah...